OKU
Kategori OKU
1. Kurang Upaya Pendengaran
2. Kurang Upaya Penglihatan
3. Kurang Upaya Fizikal
4. Kurang Upaya Pertuturan
5. Masalah Pembelajaran
6. Kurang Upaya Mental
7. Kurang Upaya Pelbagai (multiple disabilities)
Definisi Kurang Upaya Mental
Keadaan penyakit mental yang teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah Organic Mental Disorder yang serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression bipolar) dan Psychotic disorder seperti Schizoaffective Disorder dan Persistent Delusional Disorders.
Proses Permohonan OKU
1. Isi borang pendaftaran orang kurang upaya (18 tahun ke atas) atau borang pendaftaran kanak-kanak kurang upaya (0-18 tahun)
2. 3 keeping gambar ukuran kad pengenalan; dokumen sokongan seperti Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan.
3. Syarat-syarat: warganegara Malaysia; borang telah disahkan/diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan/ Pakar Psikiatri atau Pakar Perubatan Swasta.
4. Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian.
Download Borang OKU Kanak-kanak
EVENTS 2010
PAST EVENTS
USEFUL LINKS
VIDEO CLIPS
Penang Net TV
[English] [Chinese] [Bahasa Malaysia] [Tamil]
For Advertisement On Our Page, Contact Us.

